Memaparkan catatan dengan label suri rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suri rumah. Papar semua catatan

Rabu, 6 Mei 2015

Resepi: Singgang Pedas Ikan Kerisi

Assalamualaikum, sory ye kawan2 lambat pulak update blog hari ni. Tadi saya janji di instagram untuk post resepi singgang pedas. Jadi ini dia resepinya.. takde yang special sangat pun biasa2 saja..tapi comfirm sedap dan dah berjaya mengubat tekak ibu yang tengah mengidam ni. Selamat mencuba..

SINGGANG PEDAS IKAN KERISI
---------------------------------------------
*hidangan untuk 4 orang

Bahan-bahan:
5 ekor ikan kerisi saiz sederhana yang segar dari pasar(disiang dan dibuang sisik)
segenggam daun kesum
7 batang bendi muda

1 batang cili besar warna merah*
3 ulas bawang putih*
2 bawang merah kecil*
1/2 inci halia*
(kisar bersama bahan2 bertanda * diatas)

1/2 inchi lengkuas (dihiris nipis)
1 keping asam gelugur
sedikit gula
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak:
-------------------
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan bertanda * dan lengkuas, kemudian tambah air sedikit, masukkan asam gelugur daun kesum dan  bendi, tunggu menggelegak..baru masukkan ikan..masukkan gula dan garam dan rasakan, cukup rasa masam manis pedas, tutup api. siap..

Isnin, 4 Mei 2015

Resepi: Mee Goreng Special

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua...dah sarapan ke belum?? Haha apesal tanya dah sarapan ke belum, skarang dah pukul 1 petang dah mak cik oiii...haha. Saya nak share resepi mee goreng ni sebenarnya..saya masak pagi tadi, tu yang tanya tu..Tak la special sangat, tapi saya ter feel special sket mee goreng ni sebab, saya dah banyak kali buat eksperimen, yang ni terasa terlebih sedap siket..jadi special la kot bagi pencapaian memasak saya haha. Ok resepinye seperti berikut:

MEE GORENG SPECIAL versi SyadzilaMustafa*
--------------------------------------------------------------
(haha nakk jugakk buh nama dia kat nama resepi tu)

Bahan-bahan: 
1 paket kecil mee kuning di cuci, bilas, toskan, rendam dalam air.
1 mangkuk kecil brokoli dipotong kecil
1 mangkuk kubis potong macam dalam gambar (saya guna kobis manis kecil molek yang biasa orang guna buat salad tu..hihi suke hati je kan)
1/2 Batang lobak merah potong kecil2 panjang2 macam dalam gambar.
1 paket kecil fish ball (jenama AAA) potong empat.

1 senduk minyak masak
4 ulas bawang putih si smash down (dititik)
3 ulas bawang merah dipotong halus
1 sudu besar cili giling
2 sudu gula
sedikit garam
*1 sudu kecil sos tiram (saya tak guna banyak sebab nanti mata gatal2 sebab ada resdung huhu)
*2 sudu besar sos cili
semangkuk air asam jawa
*1 sudu besar cuka
*1 sudu besar kicap pekat manis (adabi)
*3-4 lingkaran kuali kicap manis biasa (cap kipas udang)
*1/2 sudu besar serbuk kiub ayam knor

Untuk dressing*
Sebatang daun bawang potong halus
sebiji limau nipis
2 biji cili marang potong halus

Cara Memasak:
------------------
Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili giling dan 1 sudu gula sampai cili masak. Masukkan bawang putih bawang merah..tumis hingga naik bau, masukkan bahan bertanda..dan masukkan fish ball, biar sebentar...masukkan air asam jawa, gula dan garam...rasakan, dan tambah apa yang patut (rasanya perlu masam manis masin yang seimbang, kurang pedas, warna coklat kemerahan)*, bila bahan tadi mendidih, masukkan sayur-sayuran..biar sebentar, jangan terlalu lama, Kemudian masukkan mee kuning..gaul sekali sekala hingga mee kembang dan masak. Taburkan daun bawang cili marang dan perahan asam limau sebelum dihidang..comfirm sedap!

Suami saya kata sedap, masa saya tidur tengahari tadi, senyap2 dia pergi ambil mee kat dapur..sambil makan sambil cakap 'sedappnyerr' haha macam la orang tak tau..hahaha...erm ehemmm syukur Alhamdulillah..terima kasih Allah.

Jumaat, 1 Mei 2015

Resepi: Sotong Masak Merah dan Bendi Goreng


Assalamualaikum semua, sorry la sekarang baru sempat nak menulis resepi lauk yang saya buat ni, even dah post pic ni semalam..sesaja nak suh korang menjamu mata haha.. tak la, x sempat buka laptop sebenarnya, now baru boleh mengadap.  Ok kawan2, tanpa membuang masa salin resepi ni ye..mana la tau ada yang tersasa nak masak lauk ni hari ni.

Resepi 1: Sotong Masak Merah (versi saya)
----------------------------------------------------
*refer pic sebelah kiri ya, yang ada kuah tu, dalam tu yang putih2 tu sotong la. (macam la korang tak tau kann..hahaha saje je..)

Bahan-bahan:
8 ekor sotong saiz sederhana (siat lapisan warna purple pada badan sotong, buang dakwat, tulang dan otak dia, potong bulat2, kemudian basuh bersih2)

sehiris halia (sikit je)*
5 bawang merah*
3 ulas bawang putih*
(blend bahan2 bertanda diatas dengan sedikit air)
1 sudu cili giling
gula 2 sudu
garam secukup rasa
air asam jawa 1/2 mangkuk
minyak untuk menumis

Cara Memasak:
Panaskan minyak masak, tumiskan cili giling dan tambahkan gula (tujuan saya supaya cili tak berapa pedas). Masukkan bahan2 yang dah di blend tadi..tumis sampai naik bau..wangi...kemudian masukkan air asam jawa dan garam, tunggu menggelegak, kacau2..masukkan sotong tadi..kacau2 sikit..(sotong cepat masak jadi jangan biar terlalu lama, kalau terlebih masak nanti liat, dan tak sedap). Rasakan..tanbah apa yang patut, ikut cita rasa anda..tutup api. Siap.


Resepi 2: Bendi Goreng:
-----------------------------
Bahan-bahan:
10 batang bendi (yang saya guna ni bendi tua, keras sikit sebab dah beli 2 hari, so saya potong nipis2 sikit, usually kalau bendi muda saya potong sederhana dan bukan nipis2 seoerti ni) cuci dulu baru potong. Sebab dia akan berlendir.

2 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1/2 kiub ikan bilis atau boleh guna bilis biasa, dalam 7 ekor, buang tahi dan kepala lepas tu tumbuk..saya malass..nak cepat hihi
garam sedikit
minyak untuk menumis

Cara Memasak:
Panaskan minyak, tumis bawang2 tadi, masukkan bilis..kacau2. kemudian masukkan je sayur bendi tu..kacau2, kalau kering tambah minyak sikit lagi, tabur garam..,bendi dah lembut ke? ok, rasakan dan tutup la api..siap. Mudah kannn? semua orang boleh buat. selamat mencuba =).

Selasa, 28 April 2015

Resepi: Cendawan Goreng Campur

Assalamualaikum semua, seperti biasa..sebelum saya lupa resepi masakan saya sendiri ni...baik saya tulis kat blog ni dulu hihi, yang nak try..buat la..mesti berjaya punye..sebab senang jer..ini resepinye:

CENDAWAN GORENG CAMPUR
-------------------------------
Bahan-bahan:
Semangkuk cendawan (siat2 dan bersihkan)
1/4 batang lobak merah (buang kulit, potong panjang dan halus2, cuci bersih)
1 mangkuk brokoli (potong kecil2, cuci bersih)
1/2 mangkuk isi ayam (digoreng, dipotong dadu)

2 ulas bawang putih (chop2/potong halus2)
2 bawang merah (chop2/potong halus)
1/2 kiub ikan bilis/ 1/2 kiub ayam knor
Sedikit garam
Sedikit air
Minyak untuk menumis.

Cara Memasak:
Panaskan kuali dengan sedikit minyak (sebaiknya guna olive oil). Masukkan isi ayam, goreng sebentar, jgn terlalu lama, masukkan bawang putih, bawang merah, kiub ayam, tumis sebentar, masukkan semua jenis sayuran kecuali cendawan..tambah air jika perlu..rasakan, tkalau kurang masin tambah garam..masukkan cendawan, gaul2 dan tutup api. Siapp..senangkan.

Tips saya: masak sayur tak perlu lama, untuk kekalkan warna hijau dan kerangupan sayur..cendawan jangan masak terlalu lama..sebab nanti jadi lembik..

Selasa, 21 April 2015

Resepi: Makaroni Goreng Simple

Assalamualaikum...hi uolllz..sihat ke?tengah cari resepi makaroni ke??? Hahaha. Hari hi nak share resepi makaroni goreng ringkas ala kadar...yang anak saya suka. Ini la..cam ni resepinye, selamat mencuba.

MAKARONI GORENG SIMPLE
---'---'-''''----------'''-----'''''

Bahan-bahan:
1 mangkuk kecil makaroni (saya guna jenama prego)
Direndam dalam air sampai kembang. Kemudian rebus hingga masak dan toskan.

2 bawang merah dihiris halus
2 bawang putih dihiris halus
1 hiris nipis halia..(nipis je, xperlu banyak)
3 sudu besar minyak masak untuk menumis

2 ketul isi ayam saiz sederhana (digoreng dan dicarik2kan)

1 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1/2 sudu serbuk stok ayam knor

2 batang saleri dihiris nipis2
1/3 batang lobak merah hiris halus2
(Kenapa nipis dan halus? Sebab budak2 yang nak makan)
Cuci bersih dan toskan

Cara Memasak:
Tumis bawang2 dan halia tadi...sampai naik bau, masukkan isi ayam, goreng2...masukkan sos2 tadi dan serbuk kiub ayam knor tu..kacau2...masukkan sayur2an tadi...kacau sikit2..biarkan sebentar..masukkan makaroni, gaul rata..dalam 3 minit, tutup api...siap!! Boleh la makan..anak saya kata, wowww sedapnyerrr!! Haha memang tu la riaksinya bila hidang makanan depan dia...membuatkan ummi terasa amat terharu..dan rase rajin nak masak macam2 lagi...hihi alhamdulillah..sayang anak ummi ni..

Rabu, 15 April 2015

Resepi: Masak Lemak Pucuk Paku



Assalamualaikum, disebabkan telah berjanji dan janji perlu wajib ditepati saya dengan bangganya ingin berkongsi resepi masak lemak pucuk paku ini dengan kawan2 blogger dan instagram sekalian..ceewahhh haha entah sedap ke tidak tu kann? hihi mesti la sedap kan chef nor yang masak..tengok2..bangga diri lagi tu..banyak tulis la pulak..mane nyer..resepi nyer tu...dek non oii?

Hihi, ok la kawan2, resepinya begini ye: (erm masak lemak ni tak pedas, walaupun saya suka makan pedas, tapi sebab anak pun suka makan saya buat x pedas..kalau nak pedas boleh picit/kerenyek/pecahkan cabai/cili nya nanti)

MASAK LEMAK PUCUK PAKU
------------------------------------------

Bahan-bahan:
2 ikat pucuk paku (saya beli 1 yang pucuk gemok2 tu, 1 lagi yang banyak daun, potong2 siat2, batang yang keras tu tak payah ambil)
semangkuk udang saiz sederhana (buang kepala, otak dia, bersihkan..saya tak buang kulit)

*2 ulas bawang putih
*2 bawang merah kecil
*1 inchi kunyit hidup
*1/4 sudu besar garam halus
(tumbuk bahan2 bertanda (*) diatas)
2 batang serai diketuk
segenggam daun kesum
3 cili marang/cabai
2 sudu minyak untuk menumis
1/2 kiub ikan bilis knor
semangkuk santan (saya beli tadi rm4)
sedikit air

Cara Memasak:
Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yang ditumbuk. Masukkan serai dan cili, tumis sampai naik bau. masukkan santan..tambah air sedikit kalau santan tadi pekat sangat. Rasakan..kalau kurang masin tambah garam, masukkan daun kesum, kiub ikan bilis dan udang..biar sebentar, bila udang kemerahan(merah sikit je) terus masukkan pucuk paku..tutup periuk 2 minit..buka tudung periuk (pucuk paku dah layu sikit kan?) gaul2 rata. Rasa lagi..kalau dah cukup rasa, tutup api. Siap!! kejap je...

Tips: Udang jangan terlalu masak sebelum masukkan pucuk paku sebab taknak bagi dia jadi terlalu masak bila siap memasak nanti. Sayur pucuk paku, macam sayur hijau yang lain..tak perlu masak lama nanti hilang khasiat, batang jadi tak rangup, tak sedap. 

Selamat mencuba..=) rasailahhh keenakannya!! hahaha

Selasa, 14 April 2015

Resepi: Ayam Paprik SLURP!

Assalamualaikum, hi semua...dah lama x update blog ni, banyak dah sarang labah-labah nasib baik tak berkulat je..haha. Hari ni saya nak share resepi ayam masak paprik SLURP! Xde nak tanye ke kenapa mesti ada "slurp" tu...xpe la biar saya jawab sendiri, sebabnya suami saya kata sedap, paprik yang saya buat hari ni sedap daripada biasa, dia makan banyak..sampai hirup kuah! Hihi terharu rasa dihatiku ini.  Ok la ni resepinya:

AYAM MASAK PAPRIK SLURP!
(untuk 4 orang)

Bahan-bahan:
*3-4 bawang merah (kalau besar guna 3 cukup) dihiris halus
*2 ulas bawang putih dihiris halus
*4 -5 helai Daun limau purut dihiris halus
*1 cm halia dihiris nipis
*1/2 cm lengkuas dihiris nipis
3 lada marang (klu suka pedas belah 2, tapi kali ni saya just masukkan je sebab xnak pedas supaya anak pon boleh makan)
3 batang serai diketuk

1 1/2 sudu besar lada giling
**1 1/2 sudu sos cili
**1 sudu sos tiram
1/2 sudu asam jawa segera adabi
1/2 sudu serbuk stok ayam knor
Secawan air
**2 sudu kicap
**2 sudu gula
**Sedikit cuka
Garam secukup rasa
1/2 senduk minyak untuk menumis

Setengah ekor ayam dipotong kecil (jangan kecik sangat)
2 batang saleri dipotong sederhana nipis
1/2 paket cendawan (saya guna cendawan yang biasa, anggaran satu mangkuk bila siap di siat n basuh)

Cara Masak:
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan lada giling, tumis sebentar dan tambah gula, tumis2 sampai nampak cili n gula sebati, masukkan serai..tumis lagi..lada marang...kemudian masukkan semua bahan bertanda (*). Kacau2 sikit tumis hingga naik bau.. Lepas tu masukkan asam jawa yang dibancuh bersama serbuk stok ayam knor dalam secawan air tadi (kalau suka kuah banyak tambah lagi air ikut cita rasa, tp jgn banyak sangat nanti tak jadi paprik, jadi sup pulak..hihi). Biarkan sebentar, masukkan bahan bertanda (**). Kacau sebati dan tunggu mendidih..rasakan..kalau x cukup manis tambah gula, seimbangkan rasa ya...kemudian masukkan ayam..tunggu hingga ayam masak masukkan saleri, biarkan sekejap je..masukkan cendawan. Kenapa cendawan last? Sebab dia cepat masak.. lepas masukkan cendawan tu gaul2kan..tutup periuk dan tutup api..biarkan 3 minit buka penutup.

Rasa masakan: Masam, manis, pedas (sayuran boleh dipelbagaikan, tapi dalam resepi ni saya pilih 2 jenis sayur ni sebab suami suka rasa cam ni...kalau guna sayur lain, lain la pulak rasenye..kot)

Sabtu, 3 Januari 2015

I wanna be 'Domestic Engineer' yeah!

Hehe tajuk je gempak, but its true..isteri mana yang xnak..melihat anak membesar didepan mata..melihat suami berkembang sihat dek makan pakai yang terjaga..letih tau jawatan 'domestic engineer' ni..tapi saya suka!