Assalamualaikum, hi semua...dah lama x update blog ni, banyak dah sarang labah-labah nasib baik tak berkulat je..haha. Hari ni saya nak share resepi ayam masak paprik SLURP! Xde nak tanye ke kenapa mesti ada "slurp" tu...xpe la biar saya jawab sendiri, sebabnya suami saya kata sedap, paprik yang saya buat hari ni sedap daripada biasa, dia makan banyak..sampai hirup kuah! Hihi terharu rasa dihatiku ini. Ok la ni resepinya:
AYAM MASAK PAPRIK SLURP!
(untuk 4 orang)
Bahan-bahan:
*3-4 bawang merah (kalau besar guna 3 cukup) dihiris halus
*2 ulas bawang putih dihiris halus
*4 -5 helai Daun limau purut dihiris halus
*1 cm halia dihiris nipis
*1/2 cm lengkuas dihiris nipis
3 lada marang (klu suka pedas belah 2, tapi kali ni saya just masukkan je sebab xnak pedas supaya anak pon boleh makan)
3 batang serai diketuk
1 1/2 sudu besar lada giling
**1 1/2 sudu sos cili
**1 sudu sos tiram
1/2 sudu asam jawa segera adabi
1/2 sudu serbuk stok ayam knor
Secawan air
**2 sudu kicap
**2 sudu gula
**Sedikit cuka
Garam secukup rasa
1/2 senduk minyak untuk menumis
Setengah ekor ayam dipotong kecil (jangan kecik sangat)
2 batang saleri dipotong sederhana nipis
1/2 paket cendawan (saya guna cendawan yang biasa, anggaran satu mangkuk bila siap di siat n basuh)
Cara Masak:
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan lada giling, tumis sebentar dan tambah gula, tumis2 sampai nampak cili n gula sebati, masukkan serai..tumis lagi..lada marang...kemudian masukkan semua bahan bertanda (*). Kacau2 sikit tumis hingga naik bau.. Lepas tu masukkan asam jawa yang dibancuh bersama serbuk stok ayam knor dalam secawan air tadi (kalau suka kuah banyak tambah lagi air ikut cita rasa, tp jgn banyak sangat nanti tak jadi paprik, jadi sup pulak..hihi). Biarkan sebentar, masukkan bahan bertanda (**). Kacau sebati dan tunggu mendidih..rasakan..kalau x cukup manis tambah gula, seimbangkan rasa ya...kemudian masukkan ayam..tunggu hingga ayam masak masukkan saleri, biarkan sekejap je..masukkan cendawan. Kenapa cendawan last? Sebab dia cepat masak.. lepas masukkan cendawan tu gaul2kan..tutup periuk dan tutup api..biarkan 3 minit buka penutup.
Rasa masakan: Masam, manis, pedas (sayuran boleh dipelbagaikan, tapi dalam resepi ni saya pilih 2 jenis sayur ni sebab suami suka rasa cam ni...kalau guna sayur lain, lain la pulak rasenye..kot)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan