Jumaat, 15 Mei 2015

Shaklee Skincare: Enfuselle Shaklee Mengembalikan Keremajaan Kulit




Selain dari rangkaian supplement, Shaklee juga mempunyai rangkaian produk penjagaan kulit iaitu Nutriwhite dan Enfuselle.

Memandangkan nutrisi adalah kunci utama kulit wajah yang sihat dan cantik berseri, maka rangkaian Enfuselle Shaklee dihasilkan dengan Vital Repair+® Complex yang merupakan campuran sinergi 7 nutrient antioksida yang mampu meremajakan kulit wajah… haaaa Enfuselle Shaklee je yang ada tau…

Saya memang pengguna Enfuselle Shaklee. Saya jenis bermasalah kulit agak kering di certain area dan paling tak best atas hidung banyak ‘blackhead’. Bila sentuh memang rasa berbiji-biji. Memang tak teruk tapi nature perempuan nak kulit cantik kan.. jadi benci habis lah.. hehe…

Jadi alkisah tergerak hati try Enfuselle untuk Oily Skin. First time pakai, wahhh bukan main lembut lagi rasa kulit lepas cuci. Makin lama pakai memang jatuh cinta habis lah. Memang belum sampai sebulan guna tapi perubahan ketara yang saya rasakan adalah:
  • Kulit rasa lebih lembut dan tona kulit lebih sekata
  • Kulit dah tak berminyak. Dulu pakai make-up lepas beberapa jam memang dah comot. Dekat dahi, atas dan tepi hidung habis berminyak. Tapi lepas guna Enfuselle, kulit memang tak berminyak especially dekat 3 kawasan tadi tu.
  • Paling best, atas hidung dah licin dari masalah ‘blackhead’.. hehe ni yang paling seronok sekali
  • Bonus sikit lagi, dulu dekat dahi memang sekali sekala naik juga jerawat kecik sebab muka berminyak. Tapi lepas guna Enfuselle memang jerawat gatal jarang sangat naik.
Ini kesan pada kulit wajah saya sendiri setelah hampir sebulan mengamalkan Enfuselle Shaklee. Tak ada gambar untuk saya kongsikan sorry..untuk dibuat perbandingan tapi memang ‘blackhead’ atas hidung dah hilang dan kulit lebih cerah dan lembut (hehe bukan perasan sendiri tau, en hubby yang cakap).

Jadi untuk yang baru nak mengenali set Enfuselle Shaklee, sebenarnya ada 2 set berbeza iaitu Set Normal to Oily Skin dan Set Normal to Dry Skin. Kandungan setiap set dan fungsi setiapnya seperti di bawah.



1. Enfuselle Shaklee Purifying Cleansing Gel
  • Gel berbusa bertindak lembut menyingkirkan mekap, kotoran di wajah dan minyak berlebihan
  • Bebas sabun
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik (risiko alergik sangat rendah)
  • Mencerahkan tona kulit
  • Dilengkapi Vitamin E menjadikan kulit wajah terasa segar dan lembut selepas dicuci
2. Enfuselle Shaklee Purifying Toner
  • Dengan tiga tindakan untuk menghentikan kerosakan Pro-oksida yang boleh merosakkan kulit. Merangsang dan menyegarkan kulit untuk rawatan Enfuselle
  • Keberkesanan terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi (‘iron’) dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Diperkayakan dengan ekstrak ‘witch hazel’, ginseng dan likoris untuk menyegarkan dan menghaluskan kulit wajah
  • Mengecilkan liang pori untuk kulit lebih halus
  • Hipoallergenik
3. Enfuselle Shaklee Balancing Moisturizer
  • Formula ringkas untuk menyubur dan melembapkan kulit. Tidak berminyak dan mengawal pengeluaran minyak pada wajah. Mengekalkan kelembapan segera pada kulit menjadikan kulit halus dan tidak nampak berkilat dan terbukti secara klinikal
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan kulit dalam masa 28 hari
  • Mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoallergenik

1. Enfuselle Shaklee Hydrating Cleansing Lotion
  • Emulsi berkrim bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
  • Diperkayakan dengan emolien dan Vitamin E untuk kulit yang halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoallergenik
2. Enfuselle Shaklee Hydrating Toner
  • Meneutralkan tindak balas Pro-oksida yang boleh merosakkan kulit, melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle
  • Keberkesanan terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi (‘iron’) dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol yang membantu menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit
  • Diperkayakan dengan ekstrak ‘witch hazel’ dan ‘kamomil’ untuk menyegarkan dan menghaluskan kulit wajah
  • Mengecilkan liang pori untuk kulit lebih halus
  • Hipoallergenik
3. Enfuselle Shaklee Hydrating Moisturizer
  • Krim pelembap tanpa minyak dan tidak melekit. Diperkayakan dengan agen pelembap untuk menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta merta. Mengawal pengeluaran minyak pada kulit wajah. Hipoallergenik dan terbukti secara klinikal
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis halus dalam masa 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • Kesan ketara dapat dilihat serta merta dan kekal selama 24 jam
Beberapa testimonial enfuselle:







Kenapa Enfuselle Shaklee yang terbaik? Kerana kecantikan itu dari dalam bermula dengan nutrisi kita sendiri. Jadi siapa lagi yang lebih arif tentang nutrisi yang diperlukan oleh kulit anda kalau bukan pakar nutrisi sendiri. Dan Shaklee antara pengeluar produk nutrisi terbaik di pasaran. Jadi you are in good hands with Shaklee tau.. hehe..

Jika berminat boleh hubungi saya ditalian 019-9893277 (telegram atau whatsapp ye) Sharing is caring..saya pernah menggunakan enfuselle dulu, habis sebotol untuk rawatan jerawat sebelum saya teruskan penggunaan Nutriwhite shaklee.

Tiada ulasan: