Isnin, 25 Mei 2015

Info Kecantikan: Cara Mengenalpasti Produk Pengelupasan Merbahaya

Malaysia sekarang ni dibanjiri macam-macam produk skincare yang tumbuh macam cendawan tumbuh lepas hujan. Betul x?
Sebabnya wanita Malaysia ni suka pada kecantikan (termasuk la saya hehehe) dan cepat terpengaruh pada kesan yang cepat. Tapi hati-hati sebab berkemungkinan produk yang korang guna tu adalah PRODUK PENGELUPASAN.

Macam mana nak kenal pasti produk pengelupasan / peeling ?
-------------------------------------------------

1. Mempunyai bau yang tajam.

Biasanya krim & toner yang selalu ada bau macam ni. Makin lama kita sapu kat kulit, kulit akan rasa pedih, tajam or terlalu tegang. Bau seperti ni biasanya datang dari bau bahan kimia pengelupasan tu sendiri, walaupun produk tu ada diletak fragrance (bau wangi) untuk tutup bau kimia tapi still boleh bau.

2. Kesan seawal 1 - 3 hari.

Ramai pengguna terpedaya dengan iklan macam ni. Yup memang dalam masa 1 hingga 3 hari guna kulit terus jadi flawless, putih melepak sampai nampak urat, gebus, jerawat jeragat semua hilang. Tapi hati-hati uolls.  Proses mencerahkan kulit secara sihat & selamat sampai betul2 flawless tak akan terjadi dalam masa kurang satu bulan. Ini kan 3 hari dah boleh hilang semua. Jelas kat situ adalah penangan produk pengelupasan yang hakis terus lapisan Epidermis kulit.
Bayang kan 3 hari pakai lapisan kulit korang dah dihakis habis. Kalau pakai sebulan? Setahun?

3. Krim mempunyai warna yang terang & berkilat

Yang paling selalu sekali nampak is warna kuning keorenan. Tak pun warna putih tapi nampak berkilat semacam.

4. Krim tekstur pekat & rasa panas / bahang

Sebaik sapu je kat kulit terus rasa xselesa, macam berpeluh bahang, lepas tu muka jadi melekit. Bila tanya seller, seller kata awal2 je rasa macam tu. Kulit dah merah pun kata normal. Lepas tu memang kulit jadi putih, tapi korang tau tak masa kulit jadi merah tu masa tu la pengelupasan berlaku. Ini obviously kandungan bahan kimia terlalu tinggi. Tapi ada jugak pengelupasan yang kita tak rasa disebabkan kandungan bahan kimia tu dia letak dalam kuantiti sedikit. Tapi still ada huhu.

5. Kulit putih pucat

Macam iklan Terlajak Laris tuu...muka je putih tangan hitam!
Macam tu la jadinya kat kulit muka kita, memang putih licin bersih tapi pucat, tengok leher & badan nampak beza.

6. Kulit kemerahan ada kesan seperti terbakar

Terutama sekali bila terkena matahari. Tak pasal-pasal kene jadi puteri lilin hehehe.

7. Kulit cantik dalam jangka masa pendek

Yang biasa customer mengadu kat saya, diorang cakap bukan saya cakap ye hehe, after 6 bulan pakai kulit start jadi kusam, tiba-tiba jerawat & jeragat naik banyak sampai tak boleh control. Bila stop makin seronok jerawat naik. Daripada kulit cerah gebu tadi terus jadi lain. Kulit pun tiba-tiba jadi xstabil, sekejap berminyak, sekejap kering sampai mengelupas.

Kalau skincare products yang korang pakai ada ciri-ciri or perasaan macam ni, advisable korang stop la pakai sebelum menyesal di kemudian hari.
Kalau baju koyak kita boleh hantar tailor.
Kalau kasut rosak kita boleh hantar cobbler.
Kalau muka rosak nak hantar ke mana? Kan kan


Artikel ini saya olah dari blog seorang consultant Mary Kay, Mira. Ala.. mudahnya, nak buat kosmetik ni, beli bahan mentah pastu letak dalam bekas yang ada brand sendiri.. semudah 1,2,3 je.. Saya tertarik untuk berkongsi disini tentang info ini kerana saya berpendapat bahawa kita sebagai pengguna baik perempuan mahupun lelaki harus tau mengenai perkara ini.  Nak cantik bukan mudah.. tapi tak juga susah. Jangan terlalu gelojoh dan terpengaruh dengan iklan2 dan lambakan produk kecantikan diluar sana.

Ya, sebaiknya selidik dahulu,  rajinkan diri baca label produk. walaupun anda beli produk tu di watson, guardian, atau farmasi sekalipun...baca label!! jika anda rajin membeli atau mencuba produk baru, pastikan anda tahu bahanya hidroquinone, merkuri, paraben dan lain2 nama bahan kimia merbahaya, supaya boleh mengelakkan diri anda dari terbeli dan membazirkan duit, serta mendedahkan diri anda dari bahaya bahan tersebut.

Yang mahal tak semestinya elok. Dan jangan pulak mudah terpedaya dengan harga yang murah. Value your money. sebab nanti yang nak pakai anda sendiri atau insan yang anda sayang. Maka risiko andalah yang tanggung sendiri..mari sama2 beringat ya.


3 ulasan:

yoorin melacolea berkata...

emm? serius? takutnyaaa... nak cantik jadi bahaya pulak kat kulit kite

Zizie Zack berkata...

pernah dengar psal ni... sbb tu saya pun takut nak guna produk lain.. cukupla produk yang ada..

syadzilamustafa berkata...

Ye serius la ni yoorin..
ye zizie, dah lama kan info ni...tapi ramai jugak yang tak ambik tau..cepat tergoda dengan iklan jadi cantik cepat..padahal produk yang selamat dan semula jadi biasanya ambil masa sebulan baru tunjukkan kesan..tapi kualitinya kita dapat rasa dalam jgka masa yg panjang...kulit makin sihat.