Rabu, 15 April 2015

Resepi: Ayam Masak Merah Daun Limau Purut

Assalamualaikum uollz...semoga hidup kita pekerjaan kita diberkati Allah. Pepagi ni saya terjaga dari tidur, sebab baby ngigau..duk tepuk2 dia dan ulit dia sampai dia tidur balik..termenung..update instagram..termenung..dan teringat la lupa nak salin resepi ciptaan sendiri petang semalam..hahaha. Now, saya nak salin resepinya kat sini, nanti lupa..rugi, mahal resepi ni..haha. Diharap kawan2 yang dah mencuba dan merasanya suka lah ye..resepinya berupa begini:

AYAM MASAK MERAH DAUN LIMAU PURUT
--------------------------------------------

Bahan-bahannya:
*8 bawang merah
*4 bawang putih yang gemuk
(Kisar bahan bertanda (*) dengan blander ye)
1 1/2 sudu besar lada giling
**2 sudu besar sos cili
**1 sudu kecil sos tiram
**1 sudu kicap
2 sudu gula
5 helai daun limau purut (dihiris atau disiat sederhana halus)
**1 cawan air asam jawa
Setengah senduk minyak masak
Setengah ekor ayam (potong sederhana dan cuci bersih)
Garam secukup rasa

Cara Memasak:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis lada giling, masukkan gula..tumis-tumis..masukkan separuh bahan yang diblend tadi, kacau2 sampai naik bau..masukkan bahan bertanda (**). Kacau sikit2 tunggu sampai mendidih. Taburkan daun limau purut..masukkan ayam..biarkan sampai ayam masak sambil kacau sekali-sekala...rasakan. tambah apa yg patut garam ke gula ke..ikut citarasa lidah anda.. tutup api. Siap.

Tips: Mohon jangan dikacau sangat selepas letak syam, sebab takut ayam hancur.  Tapi kalau suka makan cam tu buat la..mak tak marah..haha.
Resepi ni saya, suami saya, anak saya suka. Sedap dan wangi..orang suka bau limau purut, mesti suka.

Errr...erm dah buat ke?? Ada konfius ape2 tak? Takde yang tanya ke kenapa letak separuh je bahan yang di blend tu?? Membazir la yang separuh lagi..ehh tak la hii sebenarnya begini, bahan2 tu saya dah blend pagi, dan guna buat meehun goreng. Tinggal separuh lagi saya buat la ayam masak merah ni untuk lauk tengah hari. Saje, xde la buat kerja dua kali kan...jimat masa, dan saje..je nak suh korang baca post ni sampai habis haha. Maaf ye. Jangan mara..

Tiada ulasan: