Jumaat, 1 Mei 2015

Resepi: Sotong Masak Merah dan Bendi Goreng


Assalamualaikum semua, sorry la sekarang baru sempat nak menulis resepi lauk yang saya buat ni, even dah post pic ni semalam..sesaja nak suh korang menjamu mata haha.. tak la, x sempat buka laptop sebenarnya, now baru boleh mengadap.  Ok kawan2, tanpa membuang masa salin resepi ni ye..mana la tau ada yang tersasa nak masak lauk ni hari ni.

Resepi 1: Sotong Masak Merah (versi saya)
----------------------------------------------------
*refer pic sebelah kiri ya, yang ada kuah tu, dalam tu yang putih2 tu sotong la. (macam la korang tak tau kann..hahaha saje je..)

Bahan-bahan:
8 ekor sotong saiz sederhana (siat lapisan warna purple pada badan sotong, buang dakwat, tulang dan otak dia, potong bulat2, kemudian basuh bersih2)

sehiris halia (sikit je)*
5 bawang merah*
3 ulas bawang putih*
(blend bahan2 bertanda diatas dengan sedikit air)
1 sudu cili giling
gula 2 sudu
garam secukup rasa
air asam jawa 1/2 mangkuk
minyak untuk menumis

Cara Memasak:
Panaskan minyak masak, tumiskan cili giling dan tambahkan gula (tujuan saya supaya cili tak berapa pedas). Masukkan bahan2 yang dah di blend tadi..tumis sampai naik bau..wangi...kemudian masukkan air asam jawa dan garam, tunggu menggelegak, kacau2..masukkan sotong tadi..kacau2 sikit..(sotong cepat masak jadi jangan biar terlalu lama, kalau terlebih masak nanti liat, dan tak sedap). Rasakan..tanbah apa yang patut, ikut cita rasa anda..tutup api. Siap.


Resepi 2: Bendi Goreng:
-----------------------------
Bahan-bahan:
10 batang bendi (yang saya guna ni bendi tua, keras sikit sebab dah beli 2 hari, so saya potong nipis2 sikit, usually kalau bendi muda saya potong sederhana dan bukan nipis2 seoerti ni) cuci dulu baru potong. Sebab dia akan berlendir.

2 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1/2 kiub ikan bilis atau boleh guna bilis biasa, dalam 7 ekor, buang tahi dan kepala lepas tu tumbuk..saya malass..nak cepat hihi
garam sedikit
minyak untuk menumis

Cara Memasak:
Panaskan minyak, tumis bawang2 tadi, masukkan bilis..kacau2. kemudian masukkan je sayur bendi tu..kacau2, kalau kering tambah minyak sikit lagi, tabur garam..,bendi dah lembut ke? ok, rasakan dan tutup la api..siap. Mudah kannn? semua orang boleh buat. selamat mencuba =).

Tiada ulasan: