Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Rabu, 13 Mei 2015

Resepi: Bubur ayam

Lalalala.....this is my favourite! Tak kire la masa demam ke tak demam ke..rasa nak makan je buat hihi, pas tu suap kat anak sikit..kat suami banyak.. pas tu habis, tak puas makan buat lagi...huhu (nak menggambarkan betapa sukanya saya kat bubur ni haha).

Mudah je membuatnya...tapi sedapp gilerrr, rase la dulu mana la tau kot saya tipu hihi. Ok la ni resepi saya ye. Cepat2 salin.

BUBUR AYAM

--------------

Bahan-bahan:

Setengah mangkuk isi ayam yang dipotong kecil2 (saya ambil bahagian peha, kepala peha, bshagian yang sedap2 tu..bahagian isi saya tak ambik, sebab x suka..buang segala tulang yang ada)

5 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dipotong nipis dan digoreng, jadikan bawang goreng untuk ditabur atas bubur.

1 suku lobak merah, buang kulit dan potong kiub kecil2.

Sedikit daun sup, potong halus2.

Sedikit cili, dipotong halus.

Setengah sudu serbuk bkiub ayam knor.

Sedikit serbuk lada sulah/lada hitam.

Sedikit garam.

Beras sedikit, dalam setengah genggaman tangan, basuh cuci2 dan bilas, Masak beras tersebut hingga jadi bubur..bukan jadi nasik tau. Cara saya, mula2 rebus dengan air 3 kali ganda beras..agak2 je...bila dah lama menggelegak nasi bubur tu akan jadi lembik kan, tapi masih lagi dalam keadaan nampak nasi sebiji2 macam dalam pic tu kann..waktu ni, tutup penutup periuk dan tutup api, biarkan dalam 15 minit nasi tu akan kembang dan serap air dalam periuk. Ok, now, lepas dah kembang tu..buka semula api, tambahkan air suam sedikit demi sedikit..sambil kacau3 (reneh) bubur tu..hingga dia jadi hancur dan pekat..baru la nampak teksture dia seperti moi/bubur kfc/bubur mcd..Faham?? Ok kalau dah faham cepat buat.

Bila dah siap masak nasi. Masukkan isi ayam, lobak merah, sedikit hirisan daun sup, sedikit serbuk lada hitam, serbuk kiub ayam...kacau reneh hingga ayam masak, rasa dan tabur sedikit garam jika perlu. Taburkan daun sup, bawang goreng dan cili semasa menghidang...sedapp. boleh makan.

(Bubur ayam saya yang dalam pic ni nampak tak cukup hancur sebab saya tambah nasi sikit, dan rebus sekejap sebab ada orang tak sabar nak makan..tp sedap jugak hihi. But usually saya buat seperti saya tulis diatas).


Nota kaki: cara reneh bubur ni saya belajar dari cerita korea "feast of god" suke sangat cerita tu, ecited time dia masak jer...haha tambah pulak hero dia hensem   . Haha abang jangan marah ye... hensem macam abang la.

Jumaat, 8 Mei 2015

Resepi: Moral Of The Story

Assalamualaikum semua, best tak puding dalam gambar ni?? Nampak sedap kann?? Ramai yang suka makan puding koktel ni..termasuklah saya. Tak hairanlah resepi ni mendapat 3209++ like, dan beratus-ratus yang share dan tag kawan2 serta family mereka. Tapi ada satu komen dari insan konfius dengan resepi berkenaan, (saya la tu), hahaha, ramai la jugak yang like dan reply komen saya tu..tak nak cakap banyak..moral of the story yang saya nak katakan disini, hati2 bilaberkongsi sesuatu maklumat di media sosial. Sebab, bila jadi viral..kebanyakan orang akan anggap perkara tu benar tanpa usul periksa. 

Dalam situasi ni, saya komen sebab ikut pengetahuan saya dan pemerhatian saya resepi yang di tulis tu mungkin resepi untuk 2 gambar yang atas, iaitu koktel berkuah atau koktel susu dll resepi yang relevan. Dan resepi tersebut tak sepadan dengan pic yang dalam bekas kecik2 tu, tengokk dah ramai yang konfius sebab apa nampak pejal sikit sebab buah2 tu duduk elok je kat atas.. biasanya, resepi untuk pencuci mulut yang macam ni perlu diletak agar2. Barula jadi pejal sikit, tapi dalam resepi xde sebut pun kann. 

Saya assume, yang dalam bekas kecil2 tu sebenarnya puding laici koktel atau lain2 yang menggunakan agar2/gelatin/etc... Sebab saya sendiri memang penggemar dan selalu buat kedua2 jenis desert ini..ok itu aja kawan2. Terima kasih pada yang selalu berkongsi resepi di fb dan di blog, saya suka dan sangat menghargai usha anda..sebab kalau tak tau, saya memang akan google je. Tapi amat menyedihkan jika resepinya x bertepatan. (Untuk kes resepi kat bawah ni la). Kesian, siap ada yang refer untuk buat berniaga lagi.

Resepi: Sayur Lemak Kobis dan Ikan Goreng Tawar

Resepi 1: SAYUR LEMAK KUBIS

-------------------------------

1/2 kubis manis (yang kecik tuu, potong atau siang kubis tu ikut suka)

Seekor ikan kembung/selayang/selar segar (dikukus dan dibuang tulang, ambil isi je..ramas2, cek2 kot2 ada lagi tulang)

4 batang cili marang

Santan rm2

Sedikit air

2 ulas bawang putih di mayang

2 ulas bawang merah dimayang

Garam secukup rasa.

Cara Membuatnya:

Panaskan air dalam periuk, tambah santan..kacau sentiasa hingga santan menggelegak. Kemudian tambah isi ikan, bawang putih bawang merah, kacau lagi sebentar. Masukkan sayur kubis. Biarkan masak, rasa, tambah garam. Tutup api..siap.


Resepi 2: Ikan Goreng Tawar (suami saya bagi nama)

-----------------------------------------------------

Tadi semasa kukus ikan untuk sayur saya kukus 6 ekor ikan. Jadi guna ikan yang dikukus ni je, panaskan minyak..terus goreng garing siapp! Mudah kan?? 2in 1.

We all makan lauk ni dengan budu dan cili dalam budu tu..memang menambah la bagi yang suka. Hihi. Selamat mencuba.

Rabu, 6 Mei 2015

Resepi: Singgang Pedas Ikan Kerisi

Assalamualaikum, sory ye kawan2 lambat pulak update blog hari ni. Tadi saya janji di instagram untuk post resepi singgang pedas. Jadi ini dia resepinya.. takde yang special sangat pun biasa2 saja..tapi comfirm sedap dan dah berjaya mengubat tekak ibu yang tengah mengidam ni. Selamat mencuba..

SINGGANG PEDAS IKAN KERISI
---------------------------------------------
*hidangan untuk 4 orang

Bahan-bahan:
5 ekor ikan kerisi saiz sederhana yang segar dari pasar(disiang dan dibuang sisik)
segenggam daun kesum
7 batang bendi muda

1 batang cili besar warna merah*
3 ulas bawang putih*
2 bawang merah kecil*
1/2 inci halia*
(kisar bersama bahan2 bertanda * diatas)

1/2 inchi lengkuas (dihiris nipis)
1 keping asam gelugur
sedikit gula
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak:
-------------------
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan bertanda * dan lengkuas, kemudian tambah air sedikit, masukkan asam gelugur daun kesum dan  bendi, tunggu menggelegak..baru masukkan ikan..masukkan gula dan garam dan rasakan, cukup rasa masam manis pedas, tutup api. siap..

Isnin, 4 Mei 2015

Resepi: Mee Goreng Special

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua...dah sarapan ke belum?? Haha apesal tanya dah sarapan ke belum, skarang dah pukul 1 petang dah mak cik oiii...haha. Saya nak share resepi mee goreng ni sebenarnya..saya masak pagi tadi, tu yang tanya tu..Tak la special sangat, tapi saya ter feel special sket mee goreng ni sebab, saya dah banyak kali buat eksperimen, yang ni terasa terlebih sedap siket..jadi special la kot bagi pencapaian memasak saya haha. Ok resepinye seperti berikut:

MEE GORENG SPECIAL versi SyadzilaMustafa*
--------------------------------------------------------------
(haha nakk jugakk buh nama dia kat nama resepi tu)

Bahan-bahan: 
1 paket kecil mee kuning di cuci, bilas, toskan, rendam dalam air.
1 mangkuk kecil brokoli dipotong kecil
1 mangkuk kubis potong macam dalam gambar (saya guna kobis manis kecil molek yang biasa orang guna buat salad tu..hihi suke hati je kan)
1/2 Batang lobak merah potong kecil2 panjang2 macam dalam gambar.
1 paket kecil fish ball (jenama AAA) potong empat.

1 senduk minyak masak
4 ulas bawang putih si smash down (dititik)
3 ulas bawang merah dipotong halus
1 sudu besar cili giling
2 sudu gula
sedikit garam
*1 sudu kecil sos tiram (saya tak guna banyak sebab nanti mata gatal2 sebab ada resdung huhu)
*2 sudu besar sos cili
semangkuk air asam jawa
*1 sudu besar cuka
*1 sudu besar kicap pekat manis (adabi)
*3-4 lingkaran kuali kicap manis biasa (cap kipas udang)
*1/2 sudu besar serbuk kiub ayam knor

Untuk dressing*
Sebatang daun bawang potong halus
sebiji limau nipis
2 biji cili marang potong halus

Cara Memasak:
------------------
Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili giling dan 1 sudu gula sampai cili masak. Masukkan bawang putih bawang merah..tumis hingga naik bau, masukkan bahan bertanda..dan masukkan fish ball, biar sebentar...masukkan air asam jawa, gula dan garam...rasakan, dan tambah apa yang patut (rasanya perlu masam manis masin yang seimbang, kurang pedas, warna coklat kemerahan)*, bila bahan tadi mendidih, masukkan sayur-sayuran..biar sebentar, jangan terlalu lama, Kemudian masukkan mee kuning..gaul sekali sekala hingga mee kembang dan masak. Taburkan daun bawang cili marang dan perahan asam limau sebelum dihidang..comfirm sedap!

Suami saya kata sedap, masa saya tidur tengahari tadi, senyap2 dia pergi ambil mee kat dapur..sambil makan sambil cakap 'sedappnyerr' haha macam la orang tak tau..hahaha...erm ehemmm syukur Alhamdulillah..terima kasih Allah.