Rabu, 27 Mei 2015

Bacaan hb Saya Dah Naik!

Assalamualaikum & Hai,

Hari ni nak cerita pengalaman semalam, haha kenapa? Sebab saya rasa gembira sangat. Bacaan hb saya dah naik.. dari 11.0 ke 12.0. Laa, kenapa ecited sangat? Orang lain pun hb cam tu. Ye, saya kena ecited sebab hb saya tak pernah naik banyak. Sebelum-sebelum ni setiap kali check up baby di klinik, hb saya 11.0 je..atas tong orang kata. Sampai nurse pun selalu la nasihat, suruh makan sayur banyak.. dan macam-macam la. Kalau terkena dengan nurse yang garang lagi la siap warning lagi..haha tapi hadap je la untuk kebaikan kita jugak. Dalam hati kata, nak buat cam mana nurse, saya memang seorang yang hb nyer tak terlalu tinggi..

Pengalaman masa pregnant anak sulung, sangat mematangkan saya. Hb saya pernah drop sampai 9.0. Lepas tu kena selalu ambil darah, dan kena jumpa doktor la.  Rasa susah sangat masa tu, sebab saya ni tak cekap bawak kereta lagi masa tu. Lagi la menyusahkan ayah, yang tolong hantar pegi, dan ambil saya masa habis checkup. Biasanya, memang pegi dalam pukul 9.00am, jam 1.30pm baru boleh balik, sebab suami kerja jauh. Tak tau la kenapa lambat bebenor giliran saya..tapi memang selalu cam tu (di klinik kesihatan daerah tempat saya tinggal).

Ok, berbalik pada story tadi.. so apa yang buat hb saya naik? Sebenarnya saya amalkan vit c dan vitalea sepanjang mengandung baby kedua ni. Tak lengkap pun set prenatal tu kan. Tapi alhamdulillah boleh membantu saya untuk lebih sihat. Saya ni juga ahli shaklee, jadi mudah je nak order vitamin ni online atau call je branch shaklee. Nanti diorang pos. Tu la kelebihan jadi ahli hihi. Kalau kawan-kawan nak order dengan saya pun boleh. Whatsapp je saya 019-9893277, saya boleh order apa2 produk shaklee yang kawan-kawan nak.

Dan insyaAllah, now tengah kumpul duit sikit-sikit untuk beli yes pack post natal set shaklee. Maklumla, nak bersalin pun tak berapa lama lagi Kena bersedia awal. Jangan jadi macam dulu. Sebab matlamat saya nak menyusukan anak hingga 2 tahun. Jadi kena jaga kesihatan diri. Doakan saya ye kawan-kawan.

Saya makan 1 biji vit c ni setiap pagi, 
Dan 1 biji vitalea tengahari atau petang, 
Sejam sebelum atau selepas makan.

Tiada ulasan: