Selasa, 26 Mei 2015

Inspirasi Kejayaan: Kisah Kejayaan Eida Hasan

Assalamualaikum & hai semua,
Pagi ini saya ingin berkongsi bahan bacaan yang mengandungi penuh motivasi khas buat suri rumah yang ingin berjaya. Dibawah ni skrip wawancara yang saya ambil dari website Dr Azizan Osman, yang juga mentor jutawan yang patut kita contohi. Jom baca.
------------------------------------------------
Sempena ulang tahun ke-enam Kumpulan Richworks, kami mempersembahkan sebuah program wawancara eksklusif motivasi ‘Hidup Luar Biasa’.
Dengan tema “Hidup Umpama Satu Perjuangan, Hanya Yang Luar Biasa Akan Menang”, wawancara ‘Hidup Luar Biasa’ menyediakan beberapa siri suntikan motivasi untuk hati dan minda kita agar berubah dengan kesedaran tentang perlunya kita mengubah hidup dari ‘biasa-biasa’ kepada luar biasa.
Pelbagai aspek hidup bakal dikupas oleh Jurulatih Kejayaan dan Pakar Pemasaran No. 1 Asia, Dr Azizan Osman dalam siri wawancara Hidup Luar Biasa.
Saksikan video wawancara pasangan suami isteri Eida Hasan & Burhanuddin Mohd Salleh, Eida Hasan Pretty Shop – Apakah perkara yang indah bagi orang yang berniaga dan Hidup Luar Biasa?
Wawancara
Dr Azizan: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh. Selamat kembali untuk Talk Show Hidup Luar Biasa kita. Hari ini kita akan bersama dengan 2 orang pasangan suami isteri yang berjaya mengubah hidup mereka daripada biasa-biasa kepada luar biasa.
Kita ada Puan Eida Hasan dan suaminya Encik Burhanuddin. Kita akan borak-borak tentang apa yang telah berlaku dalam hidup mereka.
Burhanuddin: Bismillahir Rahmaanir Rahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh. Nama saya Burhanuddin Mohd Salleh. Saya dan isteri, Eida Hasan, membina perniagaan Eida Hasan Pretty Shop. Ia adalah perniagaan 100% dari rumah.  Kami menjual produk kecantikan dan kesihatan secara online.
Dr Azizan: Saya nak tanya pada Eida dan juga Burhan, apa yang luar biasa hidup anda berdua sekarang dibandingkan dengan sebelum ini?
Eida Hasan: Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang paling best ialah kita kenal kepakaran kita. Kepakaran kita ialah mentransformasi wanita melalui tier concept, iaitu melalui cuba, nilai dan kongsi supaya menjadi luar biasa habis.
Dr Azizan: Dari segi kehidupan, apa yang best pasal hidup anda, suami isteri, keluarga anda, apa yang anda rasa syukur sangat dengan hidup anda hari ini?
Eida Hasan: Alhamdulillah, masa kita susah dulu, masa kita start bisnes, tak tahu sebenarnya nak bisnes apa. Tapi sebab tekanan hidup, kita rasa kita kena buat sesuatu. Di sinilah saya bermula bisnes online. Pendapatan waktu itu hanya biasa-biasa sahaja. Seribu, dua ribu atau tiga ribu sebulan.
Dr Azizan: Dalam keadaan masa tu, cukup tak seribu ke tiga ribu sebulan?
Eida Hasan: Kami rasa cukup sebab siapa nak bagi duit pada kami banyak ni sebulan. Rasa cukup dan memadai. Tapi selepas kami berdua menghadiri seminar percuma Dr Azizan, kenapa kami tak berubah kepada yang luar biasa, apa yang bestnya? Dari situlah kami mula pergi kelas yang Advanced.
Dr Azizan: So, dari situ start nampak ada lagi benda lain yang boleh dicapai. Saya nak anda share tentang apa yang anda dapat buat sekarang yang sebelum ni anda tak dapat nak buat?
Burhanuddin: Kalau dulu, duit itu cukup-cukup untuk kami sekeluarga. Duit untuk mak ayah kena kira betul-betul sebab takut lari bajet. Tapi sekarang Alhamdulillah, setiap bulan tak pernah miss. Sebulan kita akan berikan 4 angka pada ibu dan ayah kami. Dan syukur Alhamdulillah juga, buat pertama kali bulan 6 tahun ini, kami akan bawa semua ibu bapa kami untuk mengerjakan Umrah.
Eida Hasan:  Sebelum ini kami memang ada impian. Tapi impian kami tak jelas. Selepas menyertai seminar dan kelas Dr Azizan, impian kami makin jelas. Kami fokuskan dan jelaskan apa impian kami. Apa yang kami dah capai termasuklah income di tahap jutawan, rumah berharga RM1.3 juta, kereta dah habis bayar dalam masa 8 bulan dan sedang beli kereta baru satu lagi.
Dr Azizan: Apa yang anda capai sekarang adalah benda yang tiada dahulunya. Maksud saya ialah, dulu hidup biasa-biasa, sekarang dah hidup luar biasa. So, berapa biasanya dahulu? Berapa lama dahulu?
Burhanuddin: Transformasi berlaku selepas mengikut kelas Dr Azizan dan kami ambil masa selama setahun. Bermula nampak perubahan yang agak drastik dalam kehidupan kami sekeluarga.
Dr Azizan: Bagaimana kehidupan biasa-biasa dahulu, sebelum ada ilmu, sebelum transform?
Burhanuddin: Saya pernah bekerja agak lama lebih dari 10 tahun. Keluarga kami bukan keluarga yang kaya. Mertua dan ibu bapa kami bukannya orang berniaga. Orang yang makan gaji. Dan saya juga asalnya makan gaji.
Bermulanya makan gaji hampir 12 tahun. Mula nak ceburkan diri dalam perniagaan, tanpa ilmu, tanpa mentor, tanpa asas perniagaan, berhenti kerja terus berniaga.  Kemudian halangan dan halangan datang dan jatuh dan bangun beberapa kali.
Eida Hasan:  Kami memang tiada mentor. Orang yang ajak kami bisnes itu pun adalah untuk kepentingan dia. Bukannya untuk nak guide kita.
Dr Azizan: So, perubahan berlaku bila mula start ada mentor dan ilmu, dan semuanya mula berubah. Saya nak tanya, bagaimana definisi hidup luar biasa bagi Eida?
Eida Hasan:  Maknanya kita, kalau dulu, macam-macam kita rasa nak beli tapi kena tahan diri dari semua itu. Sekarang ini sebut sahaja nak beli apa. Sehingga duit tu dah tak tahu nak buat apa. Sempat main saham lagi.
Burhanuddin: Kita ada matlamat dan nampak jelas apa sahaja keinginan kita. Kalau sebelum ini, waktu tiada ilmu, kita tak tahu apa yang kita buat. Bila saya berniaga, saya cuma niat nak kaya. Sepatutnya, kita perlu ada matlamat kenapa kita buat semua ini.
Dr Azizan: Ada persepsi, bila orang start ada duit, dia kaya untuk diri sendiri. Ada tak program atau aktiviti, program komuniti atau sumbangan yang telah anda join supaya menjadi inspirasi untuk mereka di luar sana.
Burhanuddin: Kami lebih mengutamakan mereka yang suri rumah, ibu tunggal, individu yang tiada pendapatan tetap, seperti suri rumah sepenuh masa yang tak boleh bekerja sebab anak ramai, yang ada niat nak bantu suami mereka dan kami buka peluang untuk mereka. Cara kami mudah sahaja. Ada internet dan laptop dah boleh jalan.
Dr Azizan: Apa nasihat Burhan kepada mereka di luar sana, sebab ramai yang nak hidup luar biasa, cuma dia tersangkut pada tahap biasa-biasa itu.
Burhanuddin: Nasihat saya ialah kita hidup untuk kaya dan berjaya, hidup untuk kaya dan berjaya 90% nya adalah doa. Usaha hanyalah 10% sahaja. Usaha separuh mati pun, kalau tiada doa tak menjadi juga.
Eida Hasan: Hormat guru, doa dari guru, kena hormat keramat hidup. Ibu bapa dan suami. Ada orang usaha berterusan, tapi masih belum berjaya. Perlulah kembali cek hubungannya dengan Tuhan, kena jaga hubungan dengan guru, dengan ibu bapa.
Dr Azizan: Terima kasih. Kita hari ini bercakap dengan 2 orang tauke kecantikan. Yang bestnya ialah mereka adalah suami isteri, dapat duduk rumah, berniaga dari rumah dan saya rasa ini perkara yang indah bagi orang yang berniaga. Sebab kalau berniaga, masih lagi nak kena pergi ofis, kedai dan masih kena travel. Ini ofis dalam rumah.
Burhanuddin: Kami sekarang ada 2 orang pekerja yang akan memantau. Kami lebih bebas untuk keluar ke mana sahaja. Kalau dahulu kami berdua 24 jam mengadap komputer.
Dr Azizan: Apakah impian yang dah tercapai?
Eida Hasan:  Nak rumah satu juta. Nak kereta mewah. Nak sekolahkan anak-anak di tempat yang best. Apa yang kami nak capai ialah pergi ke tanah suci. Untuk mak ayah dan semua family.
Burhanuddin: Kami set pencapaian kami bersama. Apa yang dicapai oleh Eida adalah pencapaian kami bersama. Akan datang kami nak mengerjakan Haji Insya Allah pada tahun hadapan.
Dr Azizan: So, inilah contoh hidup luar biasa. Bagi anda di luar sana yang merasakan ini inspirasi buat anda, probably anda boleh berada dalam salah satu seminar Percuma kita, Seminar Hidup Luar Biasa yang akan datang bersama Afdlin Shauki.
Mereka berdua ini boleh dijadikan sumber inspirasi untuk anda tahu bahawa semua orang boleh untuk ubah hidup mereka. Tak perlu tunggu umur 60, 70 dan 48 tahun untuk berubah.
Terima kasih pada anda berdua kerana sudi bersama kita dan kita jumpa anda dalam seminar hidup luar biasa.
---------------------------------------------------
Kesimpulan yang boleh saya buat disini, pertama, nak berjaya perlu ada matlamat. jika belum ada matlamat, tetapkan matlamat hidup kita. Kejayaan: 90% dari doa dan hanya 10% dari usaha kita. Jangan miss bagi duit atau penghargaan pada kedua ibu bapa kita. Doa ibu bapa, suami dan guru sangat penting dan mudah dimakbulkan..jadi hormati dan berbuat baik kepada mereka. 
Bermimpi, sebab dengan mimpi tersebut akan menggerakkan anggota kita bekerja kearah apa yang kita impikan..bak kata mentor shaklee saya momy hafsah, mimpi x kena bayar pon. Disamping tu sentiasa tambah ilmu dalam bidang perniagaan. InsyaAllah i will do it! Jom, kepada kawan2 yang nak jadi jutawan dunia akhirat.. lets do it. Jangan putus asa.

Tiada ulasan: